PELUANG KERJA

JAWATAN KOSONG

Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia:- 

Jawatan 1 : PEMBANTU MAKMAL GRED C17
Klasifikasi : Perkhidmatan Sains
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji : P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan 2 : PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17
Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

(b)
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

(c) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawal Keselamatan adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP17 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan 3 : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/N27
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
Gred N17 P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Jadual Gaji : P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
Gred N27 P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan Ke Gred N17 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T2).

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)
Calon bagi lantikan Terus Ke Gred N27 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1);

atau

(b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan 4 : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17
Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
(b) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan.


KELULUSAN BAHASA MALAYSIA DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Pemohon-pemohon dikehendaki mendapat Kepujian atau Lulus matapelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

(a) Kepujian Bahasa Malaysia - Jawatan 3.
(b) Lulus Bahasa Malaysia- Jawatan 1, 2 dan 4.

TARAF JAWATAN :
Semua jawatan di atas bertaraf TETAP .

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:
a) Calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun;
b) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;
c) Syarat umur bagi pertimbangan kenaikan pangkat secara lantikan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan

LAIN-LAIN:
a) Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan pada kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja atau kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan;
b) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON :
Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web http://pendaftar.upm.edu.my/ .Syarat-syarat permohonan jawatan juga boleh didapati melalui laman web yang tertera di atas.

PERHATIAN :
Permohonan yang tidak lengkap diisi melalui online atau tidak menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh lima (5) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP:
Tarikh tutup permohonan melalui Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) ialah tidak lewat dari 11 Jun 2010

____________________________________________________________________________


Kami ingin mempelawa individu yang berkebolehan dan dinamik untuk kerjaya jangka panjang bersama-sama kami sebagai :

JURUTEKNIK PENGELUARAN, MEKANIKAL, ELEKTRIKAL & KAWALAN KUALITI

  • Minimum SPM / SPMV / Sijil MLVK atau Diploma kejuruteraan dalam bidang elektrikal, mekanikal, mekatronik atau bidang lain yang berkaitan.
  • Mereka yang tidak memiliki sijil tetapi mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan adalah digalakkan untuk memohon.
  • Pemegang sijil yang baru menamatkan pengajian juga digalakkan untuk memohon.

Calon-calon yang berminat boleh terus menghubungi talian (03) 31822000 / 31822200 / 31825888 bagi mendapatkan tarikh dan masa temuduga, atau terus menghantarkan permohonan saudara ke alamat berikut:

JABATAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
MEGASTEEL SDN BHD
Lot 2319 Kawasan Perindustrian Olak Lempit
Mukim Tanjung Dua Belas 42700 Banting Selangor

No. Tel.: 03 - 31822000 sambungan 2113 / 2109 / 8119 / 2010 / 2111
No. Faks: 03-31816921

U/P: En Fithri / En Steevan / En Mahilan / Pn Kathrine / Cik Aniza
e-mail: hrp@megasteel.com.my

(Hanya calon yang terpilih sahaja yang akan dihubungi)
____________________________________________________________________________