13 Julai 2015

Wargamas Meninggal dunia kerana kemalangan

Seorang warga mas pn Sumirah binti Suman telah meninggal dunia akbat kemalangan jalanraya di persimpangan Jalan Hj Wahab kg Olak Lempit. Menurut saksi kejadian, kemalangan ini berlaku sekitar jam 9.30 malam dimana motosikal yang dinaiki oleh mangsa cuba melintas jalan utama Banting Dengkil untuk ke pulang kerumahnya . Namun ketika beliau cuba melintas sebuah kenderaan MPV dari arah Dengkil pun tiba.MPV ini sempat mengelak mangsa tetapi kenderaan beliau telah bergesel dengan motosikal yang dinaiki mangsa menyebabkan mangsa jatuh dan meninggal ditempat kejadian.manakala MPV itu tadi merumpuh sebuah kereta yang sedang berhenti di Jalan Hj Wahab menyebabkan kedua-duanya terjunam kedalam parit disebelah jalan Hj Wahab.
Jenazah telah dibawa kehospital Banting pada malam tersebut, dan telah selamat dikebumikan pada keesokan harinya ditanah perkuburan Islam Kampung Olak Lempit.Menurut suami mangsa En Nasron bin Darso, Isterinya kerumah ibunya untuk berbuka bersama.kebiasaannya aruah akan tidor dirumah ibunya dan pulang pada keesokan harinya.Tapi pada malam ini beliau memilih untuk pulang dan ianya merupakan perjalanannya yang terakhir. Kami seluruh warga Olak Lempit Mengucapkan takziah pada  keluarga dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan