23 Disember 2012

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

kampungolaklempit@gmail.comPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini dan menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M pada tahun 2012.
Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.
Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata, penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif dan ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke-14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional.
Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan RMR1M :
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.  
Borang permohonan untuk RMR1M boleh di dapati di Pejabat ADUN Dengkil atau melalui Pengerusi JKKKP ( Ust Abdul Nasir bin Jajuli )   

1 ulasan:

  1. fantastic points altogether, you just won
    a new reader. What may you recommend about your post that you simply made
    some days ago? Any sure?

    Here is my weblog wiki.creighton.edu

    BalasPadam