31 Januari 2012

Timbalan Ketua UMNO Cawangan Olak Lempit 1 Meninggal Dunia

Hari ini tanggal 30hb Januari jam 4.30 ptg, kampung Olak Lempit dikejutkan dengan satu berita sedih.Kematian Tuan Hj Aziz bin Sarkam yang merupakan Timbalan ketua Umno Cawangan Olak Lempi 1 amat mengejutkan.Beliau yang kelihatan sihat dan sempat menguruskan keluarga tiba-tiba meninggal dunia disebabkan sakit jantung.Menurut anak beliau, al marhum memang telah lama mengidap sakit jantung dn pernah berada dalam keadaan kritikal hingga di masukkan di wad ICU. Namun alhamdulilah beliau stabil selepas itu dan sihat seperti biasa. Namun pada hari ini Allah lebih sayangkan Allahyarham dan kembali kepada penciptanya dengan iringan doa dan redha dari keluarga.
Semasa hayatnya beliau sangat aktif dalam berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan dan memegang berbagai jawatan dalam Ng0's. seperti persatuan sekerja,PIBG, Ketua unit Peladang,Pengerusi Koperasi Olak Lempit dan sebagai Timbalan ketua Umno Cawangan.
Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham YB Dato' Hj Marsum bin Paing, ADUN Kawasan Dengkil yang dapat bersama-sama bertahlil dan solat jenazah.Marilah sama-sama kita doakan semoga almarhum ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan