26 Disember 2011

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia..


Baru-baru ni kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan RM 500.00 kepada rakyat malaysia yang berpendapatan 3k dan kebawah. Pemberian ini dilaksanakan di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M.Kementerian kewangan telah diamanahkan melaksanakan program ini melalui agensinya iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Program ini telah dilancarkan dan dibuka pendaftarannya mulai 10hb Desember, 2011 hingga 10hb Januari 2012.

JKKKP kampung bersama PDM UMNO Sg Lempit, telah membuka kauter pendaftaran permohonan di Zetcom Bisnes and sport center bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. sambutan yang diterima dari penduduk kampung amat menggalakkan hingga menarik minat penduduk sekitar terrutama dari Bandar Mahkota untuk turut serta mendaftar untuk bantuan tersebut. Sementara itu, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, bantuan tersebut melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.“Selain itu, bantuan dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini,”

Sesungguhnya bantuan ini sudah semestinya memberi manafaat yang cukup besar kepada rakyat dan yang pastinya,dapat memperlihatkan kesungguhhan kerajaan dalam melaksanakan misi rakyat didahululan pencapaian diutamakan.

Sehingga jam 5.00 petang hari tersebut sebanyak 790 borang permohonan telah diterima dan dijangka bertambah, dimana mereka-meraka yang berkesempatan pada hari tersebut boleh mendapatkannya daripada ketua-ketua Umno cawangan atau terus kepada pengerusi JKKKP kg Olak Lempit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan