13 Julai 2015

Wargamas Meninggal dunia kerana kemalangan

Seorang warga mas pn Sumirah binti Suman telah meninggal dunia akbat kemalangan jalanraya di persimpangan Jalan Hj Wahab kg Olak Lempit. Menurut saksi kejadian, kemalangan ini berlaku sekitar jam 9.30 malam dimana motosikal yang dinaiki oleh mangsa cuba melintas jalan utama Banting Dengkil untuk ke pulang kerumahnya . Namun ketika beliau cuba melintas sebuah kenderaan MPV dari arah Dengkil pun tiba.MPV ini sempat mengelak mangsa tetapi kenderaan beliau telah bergesel dengan motosikal yang dinaiki mangsa menyebabkan mangsa jatuh dan meninggal ditempat kejadian.manakala MPV itu tadi merumpuh sebuah kereta yang sedang berhenti di Jalan Hj Wahab menyebabkan kedua-duanya terjunam kedalam parit disebelah jalan Hj Wahab.
Jenazah telah dibawa kehospital Banting pada malam tersebut, dan telah selamat dikebumikan pada keesokan harinya ditanah perkuburan Islam Kampung Olak Lempit.Menurut suami mangsa En Nasron bin Darso, Isterinya kerumah ibunya untuk berbuka bersama.kebiasaannya aruah akan tidor dirumah ibunya dan pulang pada keesokan harinya.Tapi pada malam ini beliau memilih untuk pulang dan ianya merupakan perjalanannya yang terakhir. Kami seluruh warga Olak Lempit Mengucapkan takziah pada  keluarga dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

23 Disember 2012

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

kampungolaklempit@gmail.comPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini dan menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M pada tahun 2012.
Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.
Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata, penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif dan ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke-14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional.
Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan RMR1M :
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.  
Borang permohonan untuk RMR1M boleh di dapati di Pejabat ADUN Dengkil atau melalui Pengerusi JKKKP ( Ust Abdul Nasir bin Jajuli )   

31 Januari 2012

Timbalan Ketua UMNO Cawangan Olak Lempit 1 Meninggal Dunia

Hari ini tanggal 30hb Januari jam 4.30 ptg, kampung Olak Lempit dikejutkan dengan satu berita sedih.Kematian Tuan Hj Aziz bin Sarkam yang merupakan Timbalan ketua Umno Cawangan Olak Lempi 1 amat mengejutkan.Beliau yang kelihatan sihat dan sempat menguruskan keluarga tiba-tiba meninggal dunia disebabkan sakit jantung.Menurut anak beliau, al marhum memang telah lama mengidap sakit jantung dn pernah berada dalam keadaan kritikal hingga di masukkan di wad ICU. Namun alhamdulilah beliau stabil selepas itu dan sihat seperti biasa. Namun pada hari ini Allah lebih sayangkan Allahyarham dan kembali kepada penciptanya dengan iringan doa dan redha dari keluarga.
Semasa hayatnya beliau sangat aktif dalam berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan dan memegang berbagai jawatan dalam Ng0's. seperti persatuan sekerja,PIBG, Ketua unit Peladang,Pengerusi Koperasi Olak Lempit dan sebagai Timbalan ketua Umno Cawangan.
Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham YB Dato' Hj Marsum bin Paing, ADUN Kawasan Dengkil yang dapat bersama-sama bertahlil dan solat jenazah.Marilah sama-sama kita doakan semoga almarhum ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

26 Disember 2011

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia..


Baru-baru ni kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan RM 500.00 kepada rakyat malaysia yang berpendapatan 3k dan kebawah. Pemberian ini dilaksanakan di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M.Kementerian kewangan telah diamanahkan melaksanakan program ini melalui agensinya iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Program ini telah dilancarkan dan dibuka pendaftarannya mulai 10hb Desember, 2011 hingga 10hb Januari 2012.

JKKKP kampung bersama PDM UMNO Sg Lempit, telah membuka kauter pendaftaran permohonan di Zetcom Bisnes and sport center bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. sambutan yang diterima dari penduduk kampung amat menggalakkan hingga menarik minat penduduk sekitar terrutama dari Bandar Mahkota untuk turut serta mendaftar untuk bantuan tersebut. Sementara itu, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, bantuan tersebut melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.“Selain itu, bantuan dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini,”

Sesungguhnya bantuan ini sudah semestinya memberi manafaat yang cukup besar kepada rakyat dan yang pastinya,dapat memperlihatkan kesungguhhan kerajaan dalam melaksanakan misi rakyat didahululan pencapaian diutamakan.

Sehingga jam 5.00 petang hari tersebut sebanyak 790 borang permohonan telah diterima dan dijangka bertambah, dimana mereka-meraka yang berkesempatan pada hari tersebut boleh mendapatkannya daripada ketua-ketua Umno cawangan atau terus kepada pengerusi JKKKP kg Olak Lempit.

30 Disember 2010

Pertandingan Karaoke Tertutup anjuran JKKKP Kg Olak Lempit

Tarikh: 1 Januari 2011
Lokasi: Zetcom
Waktu Saringan: 2 pm.
Final: 8.30 mlm

Hadiah:
Tempat Pertama - RM 200, Tempat Ke2 - RM 150, Tempat Ke3-RM 100, Tempat Ke4&5 - Hamper

Untuk penyertaan, hubungi:
Epong: 0133301927
Nyanyak-0176856180
Syam: 0166112327

13 Disember 2010

PERTANDINGAN BOWLING anjuran JKKKP OLAK LEMPIT 2010

PERTANDINGAN BOWLING anjuran JKKKP OLAK LEMPIT 2010
Tarikh:
Ahad, 26hb Disember 2010
Masa:
09.00 pagi
Lokasi:
Banting Bowl


SYARAT – SYARAT PENYERTAAN & PERTANDINGAN

1. Pertandingan terbuka kepada semua warga Kg.Olak Lempit samaada yang bermastautin di Kampung ataupun di luar Kampung.

2. Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 16 tahun keatas.

3. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00 seorang.( Yuran penyertaan termasuk baju T )

4. Pertandingan di jalankan sebanyak 3 Game (untuk individu & berpasukan)

5. Ketegori pertandingan adalah secara Individu Lelaki,Individu Perempuan Berpasukan lelaki dan berpasukan Perempuan.(3 sepasukan)

6. Penentuan pasukan peserta adalah melalui undian yang akan dilakukan oleh jawatankuasa pertandingan.

7. Pertandingan akan adakan di Banting Bowl pada 26hb Desember 2010,hari Ahad jam 09.00 pagi.

8. Tarikh tutup penyertaan,bayaran dan undian pasukan pada 24hb Desember 2010,hari Jumaat malam Sabtu jam 09.00 malam bertempat di Dewan Sebeguna Zetcom Bussines & Sport Center.

9. Bagi memudahkan segala urusan peserta digalakan membuat pendaftaran dan bayaran secepat yang mungkin.

10. Segala keputusan oleh jawatankuasa pertandingan termasuk undian adalah muktamad.



HADIAH PERTANDINGAN

JATUHAN PIN TERTINGGI ( HIGH SCORE )
1. JOHAN (LELAKI) - HAMPER
2. JOHAN (PEREMPUAN) - HAMPER

INDIVIDU LELAKI & PEREMPUAN
1. JOHAN INDIVIDU - RM 100.00 SERTA PIALA PUSINGAN
2. NAIB JOHAN - RM 80.00
3. TEMPAT KE 3 - RM 60.00
4. TEMPAT KE 4 - RM 40.00
5. TEMPAT KE 5 - RM 30.00

BERPASUKAN (L & P )
1. JOHAN - RM 150.00
2. NAIB JOHAN - RM 120.00
3. TEMPAT KE 3 - RM 100.00
4. TEMPAT KE 4 - RM 80.00
5. TEMPAT KE 5 - RM 80.00

Untuk muat turun borang pertandingan, sila klik di sini:
http://www.olaklempit.com/
*Sila kembalikan borang beserta bayaran sebelum atau pada 24hb Disember 2010, Jam 09.00 malam.(Undian akan dibuat pada tarikh dan waktu tersebut di Dewan Zetcom)

Sebarang masalah sila hubungi : 017-6856180 /016-6309258 (Russaidi Ramlan)

EMAIL : russaidi@yahoo.com / russaidi.ramlan@gentingenergy.com.my
FB : johnnyanyak@gmail.com