23 Mac 2010

Program Mesra Rakyat

Pada hari Isnin 22 Mac 2010, KEMAS daerah Sepang & Pejabat ADUN Dengkil, dengan kerjasama JKKKP telah menganjurkan  "Program Mesra Rakyat", sebuah program berbentuk ziarah ke rumah warga-warga emas yang terpilih. Terdapat 30 orang peserta terpilih untuk menerima kunjungan dari KEMAS, JKKKP dan YB sendiri, Dato' Marsum Paing.

Program bermula dengan majlis ucapan dari YB, dan seterusnya disambung dengan aktiviti ziarah ke rumah-rumah peserta ini. Sepanjang perjalanan program ini, JKKKP berjaya mengesan 3 warga Olak Lempit yang menghidap sakit kronik yang mana juga memerlukan bantuan segera pada masa tersebut. Melihat perkara ini, YB Dato' Marsum Paing terus menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Langat untuk bertanyakan bantuan. Lebih kurang 30 minit kemudian, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diketuai oleh Encik Munish, tiba di Olak Lempit. Kes tersebut terus mendapat perhatian pihak JKM dan mereka juga berjanji akan mendapatkan bantuan untuk 3 warga kampung yang memerlukan bantuan segera ini.

Bagi setiap kunjungan yang dibuat, pihak KEMAS menyediakan juga buah tangan sebagai tanda ingatan bagi warga emas yang menerima kunjungan dari pihak mereka.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. sy ucapkn ribuan terima kasih kpd YB Dato' Marsum Paing kerana sudi turut serta dlm program spt ini. tidak lupa juga kpd JKKKP dan KEMAS kg olak lempit kerana menganjurkan program ini. diharap program spt ini dpt diteruskn dimasa akan dtg agar semua pihak turut berasa bertanggungjawab dlm menjalankn tuntutan membantu mereka y memerlukan. Wassalam..

    BalasPadam
  2. tahniah dpt anjurkan program ini, tapi lagi elok kalau tempat ni dijadikan tadika....ramai anak OL dpt belajar

    BalasPadam
  3. Apa citer dewan jalan pasar ni ek? Klu boleh upgrade kasi nampak power sket ke....cam bangunan ala2 putrajaya ke.... baru mantap!! Macam-macam function leh pakai. Yg skarang ni macam zaman p ramlee bujang lapok nyer skolah daaa......

    BalasPadam