Malam tadi, satu program bersama pemimpin telah diadakan. Program ini telah dihadiri oleh YB Dato' Hj Marsum bin Paing, ADUN Kawasan Dengkil. Majlis yang diadakan secara santai ini telah berjaya menghimpunkan kehadiaran lebih dari 40 orang penduduk di kampung ini yang terdiri dari belia dan pemimpin-pemimpin setempat. Program yang diadakan di dataran niaga Tayeb ini merupakan aktiviti yang di anjurkan oleh UMNO Cawangan Sungai Tunas, dengan kerjasama JKKKP kg Olak lempit.
Aktiviti ini telah memberi kesempatan kepada YB Dato' Marsum untuk lebih mendekati belia di kampung ini, sambil mendengar keluhan dan permasalahan rakyat. Antara yang ditimbulkan ialah masalah perparitan yang masih belum dicuci terutama di kuala sungai yang menjadi laluan keluar air dari kampung ini. Ini sebenarnya telah menyumbang kepada masalah banjir di kampung ini bila hujan lebat, air akan melimpah dan menyebabkan berlakunya banjir terutama dikawasan rumah Tn Hj Subohi.
Isu kemudahan awam juga dibangkitkan. Masih banyak lagi jalan-jalan yang belum di turap semula, ditambah dengan masalah bahu jalan seribu tahun yang telah mendak dan perlu segera di selenggara. Selain itu, diketengahkan juga permohonan membina bonggol di jalan besar depan sekolah kebangsaan Olak Lempit, agar kenderaan yang melalui jalan tersebut dapat memperlahankan kenderaan mereka.
Program tersebut juga turut menyediakan kauter pendaftaran SPR, dimana lebih 14 orang telah mendaftar sebagai pendaftar baru SPR. Pihak sektritariet JKKKP juga memberi kemudahan penyediaan mesin fotostat serta semakan daftar pemilih. Di majlis itu juga, YB Dato' telah bersedia untuk mencarikan dana belia, dengan cara membeli beberapa ekor lembu untuk dipelihara dan hasilnya akan disumbangkan ketabung belia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan