Seorang guru yang bertugas di sekolah kebangsaan Bukit Changgang, terpaksa mengharungi pengalaman ngeri dalam hidupnya, apa bila kereta yang dipandu olehnya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori pasir sebelum kereta tersebut terbabas lalu merempuh lori pasir yang lain dihadapannya. Kemalangan ini menyebabkan kereta tersebut tidak dapat bergerak dan menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk pagi tadi.
Kawasan ini memang sering berlaku kemalangan. Malahan, baru beberapa minggu sudah kemalangan menyebabkan kematian juga telah berlaku dikawasan ini. Kesibukan lalu lintas di kawasan ini amat ketara terutama waktu awal pagi dan lewat petang. Ini sebenarnya sudah menjadi pandangan yang biasa bagi penduduk kampung, bila waktu-waktu begini pasti berlaku kesesakan. Pernah dimana jalan utama terpaksa ditutup, pemandu akan menggunakan Jln Sri Gambut dan Jln Damai sebagai jalan altenatif bagi mengelak kesesakan yang berlaku. Namun, jika tidak berhati-hati, jalan-jalan alternatif juga boleh sesak. Lebih-lebih lagi jika kenderaan besar turut menggunakan jalan tersebut.
Berdasarkan cerita dari saksi, kejadian ini berlaku ketika penduduk kampung menghantar anak kesekolah. Disebabkan sesi pagi tiada penyelia lampu isyarat, maka penggunaannya tidak terkawal. Bayangkan, hanya dalam beberapa saat, lampu sudah kembali merah sedangkan kenderaan masing panjang berbaris. Jadi, apabila lampu isyarat bertukar merah, semua kenderaan terus memberhentikan kenderaan masing-masing. Kerana baru nak bergerak dah berhenti semula, itu yang mungkin menyebabkan sebuh lori pasir tidak dapat mengawal kenderaannya sebelum melanggar kereta jenis produa Viva dihadapannya. Mungkin disebabkan hentakan yang kuat maka kereta tersebut terlanggar sebuah lagi lori pasir dihadapannya. Difahamkan bahawa guru tersebut merupakan isteri kepada anak Cikgu Ngadenan yang khabarnya selepas kejadian, beliau terus membuat laporan di balai polis Kuala Langat, di bandar Sungai Mas. Tiada kecederaan yang dialami oleh pemandu ketiga-tiga kenderaan, melainkan kereta tersebut terpaksa di tarik ke balai kerana mengalami kerosakan yang agak serius.
masalah yang biasa dihadapai oleh pemandu di jalan banting dengkil adalah.....pada waktu pagi ,kenderaan yang menghala dengkil akan mengadap matahari dan menyebabkan silau yang teramat....sama juga situasinya bagi pemandu yang mengala banting pada waktu petang.....
BalasPadam