
Usaha murni ini sebenarnya telah lama dijalankan. Dimana perlawanan seperti ini seringkali diadakan dengan kelab dan pasukan badminton yang ada disekitaran.Biasanya hari Sabtu dan Ahad setiap minggu dipilih sebagai waktu yang cukup sesuai untuk acara tersebut. Aktiviti ini juga sebenarnya turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan penyokong pasukan, yang turut memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan masing-masing, terutamanya ahli keluarga. Aktiviti seperti ini wajar diteruskan, terutama kepada anak-anak muda zaman ini agar semangat kesukanan dapat ditingkatkan, dan pada masa sama aktiviti-aktiviti mengeratkan hubungan antara masyarakat tidak akan luput oleh peredaran arus zaman dan kemodenan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan