28 Januari 2010

Awasi Pemakanan Anak


Makanan merupakan sumber tenaga terpenting untuk badan kita. Makanan yang berkualiti akan menjamin kesihatan yang sempurna dan selamat. Untuk itu, satu majlis penerangan konsep kumpulan "Bistari 1" telah diadakan pada 27hb Januari, 2010 bertempat di Dewan Jubli Intan, bagi memberi makluman dan penjelasan kepada masyarakat khususnya ibubapa dan penjaga pelajar Tabika KEMAS. Ceramah berkaitan dengan pemakanan itu telah disampaikan oleh Pn Sana'ah bt Harun, Penyelia Tabika KEMAS Parlimen Sepang.

Dalam majlis tersebut beliau menerangkan tentang pemakanan yang disediakan oleh pihak Tabika KEMAS, yang mana semua makanan yang disediakan terdiri dari makanan yang berkhasiat dan bermutu. Sambil itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa agar menjauhkan anak-anak dari makanan-makanan ringan yang kebanyakannya boleh menimbulkan kesan jangka panjang anak. Ini kerana biasanya dalam makanan ringan terdapat campuran bahan-bahan perasa dan pengawit yang boleh menjejaskan kesihatan.

Program ini disertai oleh ibubapa dan penjaga dari Tadika jalan bahagian Olak Lempit A dan B, Tadika Bukit Tadum, Tadika Kg Labuhan Dagang A dan B, Tadika Layang Labi dan Tadika Bukit Tadum.

Selain ceramah, program ini juga diserikan dengan pertandingan masakan yang melibatkan ibubapa dan penjaga yang berminat, dimana lebih dari 6 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Nasir bin Jajuli, Pengerusi JKKKP Olak lempit, yang juga merupakan pengerusi aktiviti KEMAS DUN Dengkil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan