30 Julai 2010

Bengkel Intel-Teach SK Olak Lempit

Petikan dari blog BTPN Selangor


5 Julai 2010 - Satu bengkel daripada Intel-Teach telah diadakan selama 4 hari (5-8 Julai) di SK Olak Lempit. Projek ini merupakan perkongsian pintar antara Intel dan pihak BTP (KPM) untuk membestarikan sistem pendidikan.

Program ini melibatkan pemberian 200 buah CMPC (Classmate Mobile PC) untuk SK Olak Lempit, SK Semenyih dan 100 buah untuk SJKT Tepi Sungai.

Majlis ini telah dilawati oleh Tuan KPP Haji Ahmad Dahlan bin Kardi, Haji Abu Omar dan UPICT bersama PKG Banting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan