19 Jun 2010

Makluman buat warga Olak Lempit

Khamis, 17 Jun 2010;
Puan Hjh Katitah bt Mohd Mordi, 96 tahun meninggal dunia jam 1.30 pagi tadi kerana sakit tua. Marilah sama-sama kita kirimkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan orang yang solehah


Seorang lagi warga kampung kita meninggal dunia pada tengahari semalam, Allahyarhamah Mak Siti, balu Allahyarham Pak CIk Zainudin Asmuni (Pak Udin Gambus) yg kini bermastautin di Taman Canggang Jaya. Beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Olak Lempit slps waktu Asar. Takziah pd ahli keluarga. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yg solehah


Amin.....

Makluman Tambahan;
Cikgu Jamilah, anakanda kepada Wak Bahaman sedang berada dalam keadaan koma. Beliau menghidapi penyakit denggi berdarah. Beliau sudah menjalani pembedahan di kepala dan kini ditempatkan di HTAR Klang. Seluruh warga Olak Lempit mendoakan agar Cikgu Jamilah cepat sembuh dan diberi kesihatan. InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan