21 Mei 2010

Pertandingan Bowling Terbuka

Sebuah pertandingan bowling terbuka anjuran JKKKP Kampung Olak Lempit akan diadakan pada hari Jumaat, 11 Jun 2010 bertempat di Banting Bowl. Pertandingan akan dimulakan pada jam 8 malam. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut;
  1. Pertandingan terbuka kepada semua warga Kg.Olak Lempit samada yang bermastautin di Kampung ataupun di luar Kampung.
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 16 tahun ke atas.
  3. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 seorang.
  4. Konsep pertandingan adalah seperti berikut; Pertandingan dijalankan sebanyak "3 Game" bagi setiap peserta. Kategori pertandingan adalah secara individu. Kedudukan "ranking" peserta berdasarkan kedudukan mata terkumpul tertinggi bagi 3 Game.
  5. Setiap peserta akan diberikan pasangan secara rawak. Penentuan pasangan adalah melalui undian yang akan dijalankan (sila rujuk no10). Tujuan pasangan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan diantara peserta-peserta pertandingan.
  6. Hadiah pertandingan adalah mengikut kategori "Individu Lelaki", "Individu Perempuan" dan "Berpasangan". Bagi kategori "Berpasangan", hadiah ditentukan melalui jumlah mata kedua-dua pasangan pertandingan.
  7. Pertandingan akan di Banting Bowl pada hari Jumaat, 11 Jun 2010 pada jam 08.30 mlm
  8. Untuk peserta wanita, handicap sebanyak 10 mata akan diberikan.
  9. Tarikh tutup penyertaan,bayaran dan undian pasangan adalah pada hari Rabu, 09 Jun 2010 pada jam 09.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Zetcom Bussines & Sport Center.
  10. Bagi memudahkan segala urusan, peserta digalakkan membuat pendaftaran dan pembayaran secepat yang mungkin.
  11. Segala keputusan oleh jawatankuasa pertandingan termasuk undian adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN

KATEGORI "INDIVIDU LELAKI" DAN "INDIVIDU WANITA"
JOHAN RM 150.00 & PIALA PUSINGAN
NAIB JOHAN RM 100.00
TEMPAT KE 3 RM 50.00
TEMPAT KE 4 RM 30.00
TEMPAT KE 5 -10 HAMPER

"KATEGORI BERPASANGAN"
JOHAN RM 300.00 & PIALA PUSINGAN
NAIB JOHAN RM 200.00
TEMPAT KE 3 RM 100.00
TEMPAT KE 4 RM 60.00
TEMPAT KE 5-10 HAMPER

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penyertaan / pertandingan ini, sila hubungi saudara Russaidi Ramlan (Nyanyak) di talian 017-685 6180 @ 016-630 9258

"Majulah Bowling Untuk Olak Lempit" 

5 ulasan:

  1. tak ada borang yg boleh daftar online ke?

    BalasPadam
  2. Nnt JKKKP cuba adjust dengan organizer (Nyanyak). Ape2 hal nnt kitorang inform a.s.a.p. Tq di atas cadangan.

    BalasPadam
  3. Maklumat nombor 4, 3 frame ke 3 game?

    BalasPadam
  4. 3 game la..mana de pernah org men 3 frame..xcaya check kat banting superbowl..

    BalasPadam
  5. 3 Game. Confirm. Dah update. Maaf di atas kekeliruan ye! Heheheh

    BalasPadam