01 Mei 2010

Majis Persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Olak Lempit

Petikan dari portal SKOL - Selamat bersara kepada Tuan Haji Mat Samuji bin Sakidi yang telah tamat perkhidmatan beliau pada 28.04.2010 yang lalu. Beliau yang mula bertugas di SK Olak Lempit pada tahun 2006 telah banyak menaburkan bakti kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek, termasuklah pencapaian akademik dan pembangunan infrastruktur di sekolah ini. Majlis Persaraan Guru Besar ini telah diadakan di SK Olak Lempit ini. Dalam majlis ini, beliau telah merasmikan Pondok Bacaan Ibnu Sina dan juga Surau di bangunan baru sekolah. Majlis telah diserikan dengan persembahan murid tahun 3 dan 4 serta dari murid Pendidikan Khas. Majlis ini turut dihadiri oleh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan guru besar Sekolah Kebangsaan.

Pada sebelah petangnya, Majlis Hi-Tea telah diadakan di Nilai Springs, Golf and Country Resort. Majlis bermula jam 3.00 petang dan tamat pada jam 5.30 petang. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan dari guru-guru khas buat Guru Besar yang tersayang. Sebelum bersurai, kami sempat bergambar di perkarangan Resort sebagai gambar kenang-kenangan bersama dengan beliau.

SELAMAT BERSARA CIKGU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan