26 April 2010

Bengkel Pelan Tindakan Desa


23 & 24 April 2010 : Sebuah bengkel berbentuk seminar perancangan pembangunan desa telah dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA). Bengkel ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dari peserta-peserta yang terdiri daari kalangan penduduk kampung dan didokumenkan. Antara maklumat-maklumat yang dikumpulkan adalah masalah/isu dan potensi kampung. Antara masalah yang diketengahkan adalah sikap penduduk kampung yang negatif, masalah pembangunan yang kurang, pemasaran IKS kampung, keselamatan kampung yang semakin terancam dan banyak lagi.

Pada hari kedua pula, diwujudkan wawasan, objektif dan cadangan projek yang boleh diusahakan oleh kampung. Maklumat-maklumat ini akan diproses oleh INFRA untuk dijadikan sebuah buku laporan kampung yang boleh digunakan untuk memohon projek-projek yang dicadangkan kepada jabatan-jabatan, kementerian-kementerian dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Antara cadangan projek yang diusulkan adalah projek kumpulan kesenian & kebudayaan, projek lembu transit, projek pertanian dan banyak lagi.

Ramai juga penduduk kampung yang turut hadir di dalam bengkel ini. Diharap usaha ini menjadi titik mula kepada pembangunan kampung di masa mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan