Nampaknya kes-kes kecurian harta awam masih tidak reda. Baru-baru ini dilaporkan bagaimana kabel telefon dipotong hingga menyebabkan ramai dikalangan penduduk, terutama yang menggunakan perkhidmatan internet mengeluh kerana tidak dapat berurusan. Kini, kejadian lain pula berlaku. Meter air paip pula dicuri. Setakat ini, kes ini merupakan yang pertama di kampung ini yang melibatkan lebih 12 unit meter paip air di jalan Seri Gambut dan jalan Mahang hilang.
Keadaan ini menyebabkan penduduk yang terbabit menghadapi kesukaran dalam urusan harian, terutama keluarga yang mempunyai anak kecil, yang bersekolah dan sebagainya. Menurut En Johar, salah seorang penduduk yang terlibat. Beliau menyedari ketiadaan air pada jam 5 pagi sewaktu beliau bangun untuk ke bilik air. Kerana terkejut apabila air tidak keluar, beliau terus meninjau meter air, kerana menyangka mungkin ada yang mematikan air tersebut. Tetapi, alangkah terkejutnya beliau, apabila mendapati meter pada paip air telah tiada. Hatinya mula berkata mungkin bukan rumahnya saorang yang terlibat, lalu dihubungi jiran terdekat. Apabila masing-masing menyiasat didapati meter paip air mereka pun dicuri. Beliau terus menghubungi saudara Zainal Abidin, selaku pengerusi Biro Keselamatan JKKKP kg Olak Lempit. Atas nasihat beliau maka semua yang terlibat sepakat untuk membuat laporan polis.
Kejadian-kejadian seperti ini amat malang bagi penduduk kampung. Jika sebelum ini kes-kes kehilangan hasil tanaman seperti pisang, ubi, keledek dan lain-lain masih berleluasa, kini ditambah kehilangan harta awam dan persendirian. Bila agaknya kes ini akan selesai. Dan siapa pula pencurinya?..........
Disini sy rasakan betapa perlunya rukun tetangga diwujudkan semula utk mengatasi masalah spt ini drpd terus berlaku. rukun tetangga ini banyak kebaikannya selain dpt menjaga ketenteraman, ianya juga dapat meningkatkan hubungan sesama penduduk. tetapi apa y berlaku ketika ini adalah sikap mementingkan diri sendiri..sikap spt ini harus dielakkan agar kemakmuran kg olak lempit dpt dikembalikan spt sediakala. Wassalam.
BalasPadam