02 Mac 2010

Kemalangan punca kesesakan

Dalam kesibukan untuk pulang dari tempat kerja masing-masing, para pemandu diberi dugaan kesabaran yang berat, apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk disebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori pasir yang terhumban cerun jalan di km 64 jalan Banting Dengkil.

Berdasarkan keterangan dari saksi, kemalangan ini berlaku apabila pemandu lori cuba mengelak sebuah kereta yang dipandu perlahan menghala keBanting. Lori yang menghadapi masalah break cuba mengelak dari melanggar kereta dihadapannya lalu terhumban di cerun jalan sedalam 5 meter. Kereta yang dipandu perlahan tidak menyedari kemalangan tersebut dan terus memandu. Pemandu lori  yang berasal dari Sabah itu, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesesakan berlaku apabila kren yang di panggil untuk menarik lori tiba pada jam 5 petang, dimana waktu tersebut kakitangan yang bekerja di pejabat mula pulang dan melalui jalan tersebut. Kesesakan berlaku sepanjang lebih 3 km sepanjang jalan dari km 64 hingga km 61 dan dari km 64 hingga km 66 jalan banting dengkil.Keadaan kembali pulih seperti biasa bermula jam 10.00pm.

Inilah suasana Kampung Olak Lempit kini. Jika dulu mungkin kita boleh bersenang-senang melalui jalan ini. kini tidak lagi. Silap-silap jika kita kurang berhati-hati, kemalangan boleh terjadi.

2 ulasan:

  1. aku sempat mengelak kesesakan yang berlaku nih

    BalasPadam
  2. Yang pelik tu, dah tau nak masuk kren angkat lori, boleh je pakat ngan polis divert masuk jalan dalam kampung kejap. Ni sume buat jam kat main road makin teruk

    BalasPadam