27 Januari 2010

Tahun baru azam baru

Malam tadi mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan telah diadakan. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama untuk tahun 2010.Banyak isu dan cadangan telah diberi serta sumbang saran yang cukup membina.Mesyuarat dihadirin oleh semua Jawatankuasa yang telah dilantik kecuali dua ahli yang tidak hadir dengan maaf.

Tahun baru, semangat pun baru, nampaknya jawatankuasa cukup bersemangat untuk memulakan tahun baru, dengan azam baru untuk mengerakkan organisasi ini dengan lebih bergaya dan berjaya. Mulai tahun ini JKKKP akan memulakan era baru dengan melahirkan wabsitenya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun kita boleh juga melayari Web
www.wix.com/erulbob/1 untuk meninjau-ninjau dan mungkin boleh memberi komen membina sebelum ianya dilancarkan. kebanyak Jawatankuasa menyatakan komitmen masing-masing beserta iltizam bagi merialisasikan impian menjadikan kampung ini menjadi kampung kebanggaan semua.

Jawatankuasa juga bakal diberi nafas baru, melalui perlantikan dua orang sekritariat yang bakal membantu menggerakkan jentera pentadbiran yang diketuai oleh setiausaha serta biro-biro yang telah di lantik. Harap-harap semangat ini akan terus membara tampa gelora dan taufan yang melanda.

Ini adalah barisan JKKKP Olak Lempit yang telah bersetia untuk berkhidmat kepada masyarakat kampung ;

Pengerusi : Ust. Abdul Nasir bin Jajuli
Tim. Pengerusi : Tn Hj Ngadni bin Muhamad
Setiausaha : En Rossaidi bin Ramlan
Pen. Setiausaha : En Saiful hasbullah bin Jumari
Bendahari : Tn Hj Hanif bin Lasim

Ahli Jawatankuasa :
Tn. Hj Sidek bin Kasan
En. Zainal bin Sanuan
En. Sa adon bin Hitam
En. Ismadi bin Marwan
En. Yusak bin Salim
En. Misnan bin Ahmad
En. Zainal Abidin bin Buyung
En. Abdul Halim bin Hasan Masri
Pn. Normah bt Sabar
Pn. Badariah bt Sarbini
Sekritariat :
Mohd Zamzuri bin Dato' Tairobi

Doakanlah agar barisan ini dapat merialisasiakan impian menjadikan kampungKu kebanggaanku.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan