15 Ogos 2010

2 Warga Kampung Kembali ke Rahmatullah - Al-Fatihah

Takziah dari seluruh warga Kampung Olak Lempit di atas pemergian Allahyarham Dahlan b. Itam & Hj Sahari b. Selamat. Dimaklumkan bahawa Allahyarham Dahlan b. Itam meninggal dunia kerana sakit tua, manakala Allahyarham Hj Sahari b. Selamat pula meninggal dunia kerana mengalami kemalangan jalan raya di Pahang.

Kepada kedua-dua keluarga Allahyarham, didoakan agar Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh kedua-dua Allahyarham bersama orang-orang yg soleh. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi segala dugaan di bulan yg mulia ini.

Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan