04 April 2010

Gotong-Royong bersama YB

Sabtu, 03 April 2010 - Susulan dari aktiviti melawat Program Mesra Rakyat, satu aktiviti gotong-royong bersama DUN Dengkil, YB Dato Hj Marsum Paing diadakan di rumah Puan Maimunah Md Yakim yang terletak di Jalan Besar Banting-Dengkil.  Gotong-royong ini bertujuan membetulkan atap rumah Puan Maimunah yang keadaannya semakin teruk dan seringkali rumahnya dimasuki air hujan. Selain dari ahli JKKKP, antara warga Olak Lempit urut serta dalam aktiviti ini adalah En. Hayun Kardi, Ketua Cawangan Olak Lempit (1) dan juga Cikgu Zainal, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Khairat.

Di kesempatan ini juga, YB Dato Hj Marsum menghadiahkan sebuah kerusi roda kepada Puan Maimunah memandangkan kesukaran Puan Maimunah untuk bergerak kerana keadaan tulang kakinya yang patah akibat terjatuh. Seluruh warga Olak Lempit mendoakan agar Puan Maimunah dan keluarga sentiasa bersabar atas dugaanNya. Semoga sumbangan kecil ini dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan