09 Oktober 2010

KEJOHANAN FUTSAL1 BELIA 1 MALAYSIA TERTUTUP PARLIMEN SEPANG

Masa
: 17hb Oktober · 8.00 pagi - 11.00 ptg


LokasiMERACIPTA BANDAR BARU SALAK TINGGI.

Anjuran : Majlis Belia Sepang Selangor

KATEGORI: LELAKI/PEREMPUAN
YURAN PENYERTAAN: RM 50.00

BORANG PENYERTAAN BOLEH DI DAPATI DI PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT(PAKAR) BARISAN NASIONAL SEPANG, BANGUNAN KOSMOPLEKS BANDAR BARU SALAK TINGGI.

HADIAH:
PERTAMA RM800+MEDAL
KEDUA RM500+MEDAL
KETIGA RM300+MEDAL
KEEMPAT RM200+MEDAL
KELIMA- KELAPAN RM100

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
AZMIR YAHLIMAN 0192468156
ZAM 0196435537
SHAHRUM DATO' SHARIF 0193388100
IKHMAL HISAM 0122976177

06 Oktober 2010

Mantan Ketua Kampung Meninggal Dunia

Al-Fatihah....


Kg Olak Lempit kehilangan seorang warga emas, juga tokoh yg amat disegani, Mantan Ketua Kampung yang amat berjasa membangunkan Kg.Olak Lempit sejak tahun 70an, Tn Hj Kasran b Hj Wahab. Beliau kembali ke rahmatullah pd jam 08.00pg semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org yg soleh. Buat kaum keluarga, takziah dan semoga tabah menghadapi dugaan.....

21 September 2010

Pendaftaran PRA Sekolah SKOL dibuka

Makluman dari Guru Besar SKOL - Pada tahun 2011, PRA Sekolah SKOL (6 thn)memerlukan 100 orang murid. Buat warga Olak Lempit yang mempunyai anak berumur 6 tahun, sila daftar dengan segera. Terima kasih

Mantan JKKKP Tn.Hj Sahari Bin Misran kembali ke Rahmatullah


8 Syawal 1431H - Kg Olak Lempit kehilangan seorang warga emas yang juga mantan JKKKP yang telah banyak berjasa kepada kampung. Beliau meninggal dunia pada jam 04.40 pagi tadi kerana menghidap penyakit bengkak hati.

Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orng yg soleh. Buat ahli keluarga, takziah dari kami warga Olak Lempit...moga redha & bersabar menghadapi dugaan...amin...

15 September 2010

Pn Norlilis bt Taib Kembali ke Rahmatullah

06 Syawal 1431H, Pn Norlilis telah kembali ke Rahmatullah pada usia 42 tahun. Dikhabarkan beliau mengidap penyakit kanser.

Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan besama-sama orang yg solehah. Buat ahli keluarga yang lain, semoga tabah menghadapi segala dugaan Allah di bulan yg mulia ini.

12 September 2010

Hjh Rupingah bt Hj Siraj Kembali ke Rahmatullah

Pada 30 Ramadhan 1431 H, menjelangnya 1 Syawal 1431H, Kg Olak Lempit telah kehilangan seorang lagi Warga Mas - Hjh Rupingah bt Hj Siraj yg umurnya mencecah 90 tahun. Almarhumah menghembuskan nafas terakhirnya pd jam 01.00 pagi dan telah selamat dikebumikan pada jam 10.00pagi.

Al-Fatihah.....

Semoga rohnya dirahmati Allah hendaknya dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehah. Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi segala dugaan..